My Nuffy

Followers

Tuesday, March 13, 2012

#WordLess WednesDay#

Semalam hari yang agak busy... Pagi cuma makan roti canai kosong. Tengahari tak makan... Petang mentedarah KFC orang belanje... 2 ketul sekali makan.. topup untuk lunch... Balik rumah perut dah rasa semacam je... Lepas uk2, perut terus rasa tak selesa sampailah pukul 12 malam tadi. Rasa macam nak berguling-guling dah. Bila baring je rasa macam tali perut tu berpintal-pintal. Disebabkan dah tak tahan, kejutkan hubby... Hubby urut2 kat tengkuk dan belakang badan. Tak semena-mena terus rasa nak muntah. Berlambak muntah kat singki. 2-3 kali jugak muntah... Masuk bilik, masih lagi perut rasa tak selesa. Tak tentu arah dibuatnya. Then hubby suggest pegi klinik. Terfikir jugak kalau klinik tutup dah tentu kena pegi hospital punya... Tak pasal-pasal kena tahan pulak nanti... Adohai.... Sabar jelah.

Nasib baiklah ada klinik yang bukak tengah malam tu. Kena sedas enjection tapi sakit tak reda jugak. Doktor cakap saya kena keracunan makanan. Hah? Entah ye tah tidak doktor ni... Sekarang pun perut masih rasa tak selesa lagi... Takkan nak ambik mc lagi? Kerja kat opis melambak2. Hopefully esok dah sihat sikit... nak hantar aisy ke rumah MIL lagi... Owh ye, aisy dah tak dijaga uwannya lagi... uwannya dah tak berape sihat... 

okeylah nanti sambung lagi ye... my hubby nak guna plak nak gosok baju die..hihi.

Thursday, March 8, 2012

Berita Gembira Buat Penjawat Awam.

Akhirnya terjawab sudah teka teki pasal SBPA... Kembali kepada sistem yang asal iaitu SSM. Gaji gred 1-54 naik 13%... Dah kira-kira tadi adalah dalam RM 130+... Alhamdulillah... COLA pun naik RM 50... Dengar kalau tak bulan ni, bulan depan dapatlah gaji dan tunggakan tu. Tak kisahlah lambat laun dapat jugak kan... Hihi.

Dah dapat nanti jangan pulak lupe diri ye... Laju jer kaki tu menapak ke tangga bank nak buat loan.. hehe. Kalau ada keperluan oklah tapi kalau saje2 nak menambah hutang baik tak payahla ye....

p/s : dah berangan-rangan nak bawak aisy pegi zoo Melaka hujung bulan ni...hehe




Friday, March 2, 2012

Salah Saya kah?

BENGANG SANGAT! Arghhhh....

Baru - baru ni saya ada promote untuk ypad... Dalam banyak -banyak supplier x tau kenape saya boleh berminat nak ambil dengan dia ni... ~ mungkin sebab saya ni jenis yang tak sabar. Tak mahu survey dulu... Harga yang saya dapat dengan die pun taklah murah mana pun tapi mungkin disebabkan dia adalah seorang WANITA jadi saya berasa yakin. Entahlah... Padahal ada yang lebih meyakinkan dan lagi murah dari itu. Janji asal ypad tu sampai dalam pertengahan bulan Februari tapi sampai masanya, barang tak sampai... Saya tanya sama ada barang delay ke hape tapi die cakap ini bukan delay... barang dah sampai kat SIRIM ke hape dan tak lepas lagi. Bukan delay ker tu? Mula-mula dah janji nak cod tapi sampai mase dia cakap barang tak sampai lagi.. Masih boleh bersabar... Tapi hati ni Allah sahajalah yang tahu. Dalam pada tu, ada member yang nak refund sebab die nak beli kat tempat lain... Anak die dah mengamok nak ypad. Dugaan Allah... setiap hari saya pm die tanya status ypad tapi jawapan dia sentiasa berubah-rubah. Saya ada bukti! Hati saya mula syak yang dia ni kaki auta tapi saya diamkan.. tawakal jelah... Masih menunggu respon dari dia tapi tadi bila saya buka fb, dia ada post pasal ypad yang delay tu dan pasal customer yang tak paham2. Pasal saya kah? Bukannya saya tak nak faham situasi dia tapi dia yang berjanji... Saya tak berniat nak aibkan dia kat sini. saya cuma mahu bersihkan nama saya dan tak mahu orang salahkan saya atas kelewatan ini... Ada satu komen saya kat pos tu rasanya saya dah post tapi bila tengok balik dah xde... da kne delete agaknya... Kalau kamo tak salah kenape nak delete? Tak paham saya... sekarang die kate dia dah suruh supplier hantar terus kepada saya. entah bila dapatnya entah. jangan saya kena refund duit orang lagi sudah... Dahla tak untung banyak tambah rugi lagi ade... Ya Allah sabar jelah... Kat bawah ni saya sertakan sekali pm antara saya dan die... nilailah sendiri...








Tuesday, February 21, 2012

Aisy 9 bulan.


Budak tak berape nak tembam... :-) Sekarang usianya dah 9 bulan 5 hari. Sangat aktif dan sangat-sangat manja! Tak boleh nampak mamanya menghadap lappy ni, mulalah die gelisah nak godek same. Berebut-rebut nak lappy mamanya. Anak mama... anak mama... Berbakul dah mainan mama belikan pun die tetap nak lappy mama jugak :-) Tu yang kadang-kadang sangat sukar nak mengupdate belog.

Sekarang ni pun dah letak die dalam walker. Habis kaki mama die langgar. Sabar jelah.... Bila tengok mama die tak pedulikan die, mulalah die buat muke kesian dan buat muka comel untuk tarik perhatian saya. Itu yang buat saya rindukan die setiap hari. Tidur malam tak sah kalau tak mengepit bawah ketiak mamanya. Tu yang manje mengada-ngadenye lain macam tu.

Rite now, aisy dah pandai memanjat, duduk sendiri, berdiri sendiri... Tu pun jatuh bangun jatuh bangun jelah. Sekarang memang risau kalau tinggalkan die sendirian atas katil. So lasak sesangat!

Then sekarang dah pandai kenyit mate kat orang. Habes anak dara dingoratnye.


So cute when he do that..:-)

Pejam celik pejam celik sekejap jer die dah besar... Harap aisy membesar dengan sihat...:-)




New Duit syiing.


Pertama kali dapat syiling emas ni mase dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Teruja! Sekarang ader 2 keping dalam simpanan saya. Satu lagi dapat mase beli roti dekat Jusco. Babah aisy kate dekat sane memang senang nak dapat tapi kalau tempat lain huh xder pun... Mase pegi CH hari tu pun tertunggu-tunggu gak kalau dapat syiling emas baru ni lagi.. hampeh. Non ado ye... Tak perlah... Nanti lame-lame banyaklah tu kan!

Tengah tunggu duit kertas baru pulak. :-)




Pemenang Happy Birthday Kerudung Ungu.

Saya minta maaf sebab terlalu lewat mengumumkan nama peserta yang terlibat serta nama pemenang bagi GA ni... Kalau ada yang tak senang dan dah tawar hati terpulang... Tujuan saya adakan GA ni untuk suka-suka sahaja dan nak menghargai pembaca KDGUNGU ~ Kalau adalah... Kelewatan ini juga bukanlah disengajakan... Di pejabat, BLOGSPOT dah pun diHARAMkan secara rasminya. Same macam FACEBOOK. No choice. Waktu rehat saya, saya penuhi dengan bergegas ke rumah untuk menghantar susu kepada anak saya. ambil masa 20 minit untuk sampai ke rumah. hanya 15 minit - 30 min untuk bersama anak tersayang. Kadang-kadang tak sempat nak makan pun. Ader sape2 kesah? Kerja kat pejabat makin bertimbun-timbun. Tanggung kerja cc bukan tiket untuk duduk goyang bontot. Meja dah serupa tempat kucing beranak... Semuanya nak SEGERA.

Di rumah adalah masa untuk anak dan suami saya. Takkan saya nak menghadap belog semata-mata dan mengabaikan suami dan anak saya?

Oklah. No more bebel.. . Nanti bertambah menyampah anynomous tu dengan saya...

Dengan ini saya ingin mengumumkan pemenang-pemenang Happy Birtthday Giveaway 2012

1) Tudung Exclusive Bernilai RM 35, Kupon Diskaun 25% Rizqinshoppe/shaklee
 
36.http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html
 
2) Shawl Bernilai RM 18 (shawl ini saya akan gantikan dengan tudung yang senilai dengannya kerana agak sukar untuk saya mencari shawl atas nilai RM 18), Kupon Diskaun 20% Rizqinshoppe/shaklee
 
11.http://niaryani.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html
 
3) Tudung Bernilai RM 15, Kupon Diskaun 15% Rizqinshoppe/Shaklee
 
3.http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html
 
Hadiah tambahan ~ entry terbaekkk

 http://alongnidar.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html


Tahniah kepada para pemenang. Sila tinggalkan nama, alamat serta no tel anda di kdgungu@gmail.com. Saya harap semua berpuas hati dengan keputusan GA ini dan secara rasminya saya mengumumkan bahawa ini adalah GA yang terakhir yang saya adakan. NO MORE GA kat belog kdgungu ini! Saya harap anynomous tu berpuas hati. TQ










Thursday, February 16, 2012

MACAM MANA HENDAK DAPATKAN SUSU IBU DENGAN BANYAK.

Bila lihat gambar ini, pasti ramai ibu2 diluar sana yang teruja.




~Ini hasil saya sendiri~ 




Bila melihat hasilnya soalan yang lazimnya orang tanya....

" Wah banyaknya. Makan apa boleh dapat banyak ni?"

Pada sesetengah  ibu baru yang belum faham konsep penyusuan, mereka mengandaikan susuibu itu banyak seperti air paip ...terus mencurah-curah begitu sahaja dengan melalui pemakanan.

Si ibu yang makan seperti orang lain juga akan menjawab..."saya makan macam biasa sama macam kalian juga cuma saya amalkan makan vitamin."

Maka si ibu baru tadi pun terus membeli apa jua jenis vitamin si ibu ini makan tanpa banyak tanya. Tapi selepas 4 minggu makan, hasil susunya masih sama. Maka si ibu baru ini terus menyalahkan produk vitamin tersebut dengan mengatakan produk ini tidak bagus dan tidak berkesan. Walhal puncanya adalah si ibu baru ini tidak bertanya dengan selanjutnya.............


Sepatutnya soalan yang seharusnya ditanya :

" Wah banyaknya. Bagaimana nak dapat hasil sebegini ya?"

Jawapan yang tepat yang perlu diberi ialah :


1. Saya membuat perahan dengan konsisten terutama bila anak saya tidur dan tidak menyusu secara langsung dari saya. 
2. Jika saya sibuk ditempat kerja, maka saya akan "counter back" dengan power pumping.
3. Saya menjaga pemakanan dan minuman saya...ditambah saya ambil vitamin demi memastikan kesihatan saya ditahap optimum dan saya dapat meneruskan penyusuan dengan baik.
4. Saya memastikan pengisian rohani supaya saya dapat mengatasi apa jua tekanan yang saya lalui;
5. Istiqamah

*Tidak dinafikan pengambilan supplement yang mengandungi protien dan kalsium membantu penghasilan susuibu dengan cepat dengan syarat si ibu kerap mengosongkan payudara melalui menyusu secara langsung atau sesi perahan yang konsisten. Ini kerana komposisi besar dalam susuibu ialah protien dan kalsium selain zat-zat lain untuk melengkapkan pembesaran dan pertumbuhan anak.




NAMUN , VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU. Makan mana-mana pihak yang cuba manupulasi kenyataan saya, saya berdoa moga ALLAH berikan taufik hidayah untuk golongan ini sebelum berkata-kata.

Rata-rata manusia hari ini hanya makan untuk dua sebab :
1. untuk memastikan perut kenyang
2. yang menjimatkan



Rata-rata kita hanya pentingnya kualiti makanan dan taraf kesihatan bila diuji dengan penyakit. Waktu ini supplement yang mahal pun menjadi murah. Berapa ramai yang amalkan pemakanan yang mengikut piramid pemakanan serta menyediakan sekurang-kurangnya sepotong buah dalam menu harian? Jika anda tergolong dalam golongan yang sangat prihatin atas kesihatan, tahniah, kerana anda tergolong dalam manusia yang beringat tentang 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara itu.


Ini pengalaman saya sendiri yang amalkan vitamin sejak mengandung, menyusukan anak dan sehingga ke hari ini...saya makan untuk tujuan kesihatan. Walaubagaimanapun sepanjang menjayakan penyusuan, vitamin membantu saya tidak keletihan terutama bila pulang kerja, saya masih mampu melaksanakan tugas dan rutin harian saya, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami, anak saya tidur lena kerana kekenyangan dengan susuibu dan tidak banyak karenah. Memang susu lebih pekat dari biasa (beza jika terlupa / tertinggal  makan vitamin)...so ianya sebagai satu hasil yang saya lalui sendiri. Apa yang ibu2 dah lalui itulah kenyataan dan tidak dapat diubah. Namun setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza.


Apapun sekali lagi : VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU. Ia hanya membantu si ibu sihat dan terus dapat membekalkan susuibu dengan lebih BAIK dari banyak sudut. Sesiapa yang dah lalui mereka akan tahu apa yang saya maksudkan :)





crdit




BERMINAT? ? Nak order boleh email rizqinshoppe@yahoo.com or sms ke 019-4921944 DAN JANGAN LUPA UNTUK  KONSULTASI PERCUMA.  



Senarai Nama Peserta Happy Birthday Giveaway Kdgungu 2012.

Assalamualaikum and hai semua...

So sorry sebab lambat sesangat-sangat update belog ni... Mesti ramai yang dah tak sabar nak tau pemenang GA kerudung ungu yang lepas kan! Okey2 saya tau setiapkali saya buat GA jer mesti lambat update...hehe. nak buat macam mana, ader je kekangannya... Memandangkan petang ni saya free sikit so saya nak update dululah nama peserta. Pastu insyaallah kalau takder aral hari Ahad nanti saya akan buat cabutan ye. Tu pun bergantung kepada mood Aisy...hehe. Just Kidding! :-)

1.http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html
2.http://storycikhoneybee.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

3.http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

4.http://taufidris.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

5.http://mascontestgiveaway.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

6.http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

7.http://izancute.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

8.http://eventsbybloggers.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html
9.http://24-7nay.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html
10.http://ayuayu101.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

11.http://niaryani.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

12.http://sayangsyeeda.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

13.http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

14.http://hidayatulputra.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

15.http://pinknlavender.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

16.http://afiman81.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

17.http://nanakimie.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

18.http://ezzathepolkadots.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

19.http://myapeapeaje.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

20.http://lalazarryn.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

21.http://penyapubercabang.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

22.http://applehijaulife.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

23.http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

24.http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

25.http://2merah1ungu3c.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

26.http://zaiikulim.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

27.http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

28.http://ummiluvgiveaway.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

29.http://miyainsyira.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

30.http://elialaily.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

31.http://alongnidar.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

32.http://iraimikieyto.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

33.http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/01/happy-birtday-giveaway-2012.html

34.http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

35.http://segalanyerkuterima.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

36.http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

37.http://atieneo07.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

38.http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

39.http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

40.http://thelittlefh.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

41.http://gengggkapak.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

42.http://cattompes.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

43.http://alvas-87-contest.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-201.html

44.http://iqaqayra.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

45.http://imayoungster.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

46.http://yonghwanaj.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

47.http://cattompes.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

48.http://sukadukacahayaqaseh.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

49.http://recycleboxes.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

50.http://mrsbullat.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

51.http://alia-manis.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

52.http://kanokino.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

53.http://sikecilaina.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html

54.http://elialaily.blogspot.com/2012/01/happy-birthday-giveaway-2012.html



Fuh lega.... Ada yang tercicir ke? Kalau ader just comment kat entry ni bersama link entry anda then saya akan masukkan dalam senarai ye. Till then bubuy..:-)



Sunday, January 29, 2012

TEKNIK Hypnobreastfeeding DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN.


Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.
Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.
Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.
Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.

Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,

“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.

Dan yang macam ni:

“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”
Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.
Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.

So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?

10 Teknik Hypnobreastfeeding:

(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.
Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.
Rileks, dan jangam gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.
Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand :)
Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya :)


CREDIT : MOMMY LINA



Friday, January 20, 2012

Aisy turn to 8M.

Assalam,

Hi mommies and all readers ~ tetiba nak speaking omputih pulak pepagi ni... Hehe. Antara happy entah sebab apa dengan pening sebab kena tanggung kerja orang lain tapi tak keluar surat lagi. Adeh! Hari ni aisy ade kat rumah MIL sebab tengahari ni nak saya nak bawak MIL pergi Maybank. Duit pencen beliau tak masuk2 gak lagi. Teruk betul... Dahla sekarang ni tak pakai buku lagi dah, lepas tu setiapkali nak check akaun kena RM11. Kalau tiap2 bulan check? RM11 x 12 bulan. cer kira berape banyak MAYBANK dapat untung???? Ader yang kerja Maybank @ bersedara dengan Maybank ker tolong terangkan kat saya sikit... Saya ni matematik dapat 5c jer masa SPM dulu...Huhu.

Enough pasal perkara yang memeningkan ni... Just nak story pasal anak kesayangan hamba, Muhammad Aisy now turn to 8M! Alhamdulillah beliau dah membesar dengan jayanya hasil dari SUSU IBU beliau. Semalam bawak aisy pegi checkup kat kd. Berat dah naik daripada 7.2 kg kepada 7.8 kg. Naik dalam 600 gm je... Oklah kan..:-)

Lepas tu kan, setiapkali nurse tanya sama ada bagi baby susu badan ke susu formula? Dengan bangganya saya jawab, SUSU BADAN! Yes aisy masih lagi menyusu badan... Alhamdulillah. Tapi semalam pertanyaan nurse buat saya termanggu... dia tanya,'taknak try susu botol a.k.a susu formula pulak ker? Aik???!!! Ape cer ni? 8 bulan saya berhempas pulas, berusaha nak full bf anak saya, alih-alih hari ni saya disuggest bagi susu formula pada aisy??? Owh no! Sama sekali tidak! Kecewa betul rasanya bila ditanya macam tu... Tapi saya memang nekad! Selagi masih terdaya, akan akan tetap bf aisy. INSYAALLAH.

Selagi tak ada sebab yang menghalang, selagi itu saya akan teruskan bf aisy. Andai ditakdirkan saya mengandung ketika masih menyusukan aisy pun saya tetap akan meneruskan perjuangan. Saya tahu ramai lagi yang masih keliru mengenai menyusukan bayi ketika hamil ni... xper insyaallah kalau ada masa kita akan bincangkan semula ye. Tak sabar nak share ape yang saya dah dapat masa Bengkel hari tu.

Bila nurse tanya lagi aisy dah pandai ape, yang boleh saya jawab aisy aru pandai meniarap, angkat badan, berpusing tapi tak bergerak ke mana-mana pun. Haha. So cute bila die try nak 'bertarik' tapi just terkapar-kapar je macam orang nak berenang. Kalau duduk dah ok jugaklah cuma kena jaga kat belakang dia. Takut tiba-tiba dia hempaskan badan ke belakang je. My fault jugaklah sebab awal sangat dah masukkan die ke dalam walker. ~ pernah baca 1 blog / fb ni die cakap baby yang guna walker ni akan lambat berjalan etc. entahla...


Anyway, mama nak cakap... mama sayang sangat kat aisy...:-)
MUAHHHHHH




++Jom Kita Tukar Link!++